Tuesday 8 January 2013

Q & A tentang program madrasah wasatiyah

A2: Mahalnya yuran rm 300?

Sy: Prog 30 hari, mk yuran sbnarnya rm 10 sehari. Mahal ke?


A2: Rasanya masih mahal. X bleh kurang lg.

Sy: Mcm ni dik, jum kseluruhan kos prog adlh RM12,300. Jk pserta yg dtg 30 org kos seorang sbnarnya RM410 sebulan. Kami mtk yuran RM 300 aje. Yg lagi RM110 seorang Myconcern & AIA kn carikan.

A2: Nape MyConcern buat mcm tu? Wat susah2 aje.

Sy: MyConcern mengekalkan komitmen & prinsipnya yg tdk berorentasikan keuntungan (non-profit orientation). Yg d utamakan adlh usaha mentarbiyyah anak2 muda yg bakal mnjadi aset kemenangan Islam.

A2: Boleh ke kl xnk duduk asrama yg d sediakan? 

Sy: Boleh. Pg dtg dh hbs slot mlm boleh balik.

A2: Kl mcm tu, x duk asrama & x mkn mknan yg d sediakan, bleh diskaun yuran x?

Sy: Maaf dik x boleh. Yuran ttp kn bayar full. Sianlah kat kami Ajk, kn cari dana utk tmpung kos RM110 seorg lg dsb.

A2: Boleh bayar scra ansuran?

Sy: Boleh xde masalah.

A2: Pe manfaat prog yg mahal ni?

Sy: Ilmu. Ada org sggup bayar RM300 utk prog motivasi fadzilah khamsah slma 3hr 2 mlm. Ada org snggup bayar RM300 utk beli hanfon baru atau barangan berjenama. Tetapi ada org sggup bkorban apa sj demi ILMU. Tpulang kpd jiwa masing2 mcm mana.

A2: Pe nasihat abg utk kami?

Sy: Gini adik2. Waktu cuti ni kita boleh buat dua pilihan. Smda nk bkerja cari duit atau belajar menuntut ILMU. Cuma nasihat abg begini...

"Jk kita ada duit, kita boleh beli rumah tp kita x boleh beli kebahagiaan. Jk kita ada duit kita boleh beli ubat, tp kita x boleh beli kesihatan. Jk kita ada duit kita boleh beli buku, tapi kita x boleh beli ILMU. Jk kita ada duit kita boleh dirikan masjid, tp kita belum tentu boleh dirikan iman dlm hati. Jk kita ada duit kita boleh beli banyak benda, tapi kita x boleh beli syurga Allah.

Jk duit pilihan kita ketahuilah duit itu x menemani kita dlm keheningan liang lahad. Jk ILMU pilihan kita, ketahuilah ILMU yg d amalkn dan d ajarkn pd org lain adlh pelita yg menerangi kegelapan kita d alam barzakh. Wallahua'lam.

A2: Trm kasih bang.

Sy: Sama2 adikku generasi pemangkin kebangkitan ummah.



credit to: mohsen jaamat

Monday 7 January 2013

Hebahan Mengenai Daurah Anjuran MyConcern





Dari Ibnu Abbas R.A berkata
" Rasulullah SAW pernah bersabda : terdapat dua nikmat yang manusia sering lupakan iatu nikmat sihat dan nikmat masa lapang"
[riwayat Bukhari]

semoga kita semua turut dapat menyertai daurah yang penuh dengan pengisian ini. Insya Allah

Wednesday 2 January 2013

Reunion Sahabat Mysoff 5

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, program Reunion Sahabat MySoff 5 buat kali pertama telah diadakan di Melaka International Bowling Center (MIBC) pada 1 Januari 2013, Hari Selasa.Program tersebut berjalan dengan lancar walaupun dirancang secara agak tergesa-gesa.

Selain itu, Program tersebut juga diadakan untuk meraikan sahabat-sahabat mysoff 5 yang akan mengambil STAM dan juga sahabat-sahabat yang akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).








Program kami diteruskan dengan aktiviti mengambil gambar di tingkat bawah MIBC





Abg fasilitator myconcern turut hadir besama..

Menjamu selera di Restoran Padang Kota Nasi Kandar





Alhamdulillah, program yang diatur telah berjaya dilaksanakan. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan dengan lebih tersusun dan teratur supaya setiap ahli sahabat mysoff5 dapat menghadirkan diri sekaligus mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.. Insya Allah..
Tidak lupa juga kepada kakak-kakak & abang fasilitator yang turut bersama kami dalam menjayakan program REUNION MYSOFF 5 ...

:: maassalamah ::